BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 10, 2012



sesuatu yang aneh

sudah sunatullah, seseorang itu tidak dapat dengan jelas dan tepat apabila sesuatu objek itu terlalu hampir dengan matanya melainkan dijauhkan sedikit dari matanya. macam tu jugak cinta, jika kita yang sedang mengalaminya, kita akan jadi kabur dan kurang jelas dengan apa yang terjadi di sekeliling, lain bagi yang melihat.


teringat dengan satu cerita, seorang maharaja china bertanya kepada seorang pelukis terkenal, " melukis gambar apa yang paling mudah?" jawab pelukis itu, "melukis gambar hantu." terkejut sang maharaja, lalu dia bertanya lagi, " melukis gambar apa yang paling sukar?" kali ini pelukis tersebut menjawab, "gambar kuda, anjing, lembu dan sebagainya."


maharaja kehairanan lalu bertanya, "kenapa?" maka pelukis pun menjawab, "melukis gambar hantu adalah mudah kerana tiada sesiapa yang pernah melihatnya. jadi, kita boleh luiskan apa sahaja bentuknya mengikut citarasa dan idea kita. tidak ada orang lain yang boleh menyalahkannya" beliau menyambung lagi, " melukis kuda adalah paling sukar kerana hampir semua manusia telah melihatnya. jadi kalau kita silap melukisnya, semua orang pun pasti dapat mengesannya. kita tidak boleh membuat silap sikit pun tanpa dikesan oleh orang lain."

SAYA....

 SYA TA PANDAI BLOGGING NI SANGAT. TAPI SAYA NA BLOGGING JUGAK SEBAB JELES ORG LAIN ADA BLOG. SO, KALAU ADA KURANG, ADA CACAT SANA SINI, SAYA MINTAK MAAF. HARAP DAPAT MEMBANTU.